skdoj.zoom-a.com
                SK DATO' ONN JAAFAR
[Kompleks Sekolah Wawasan, Persiaran Kewajipan,USJ 15, 47630 Subang Jaya ] Tel : [03-80242343], Faks : [03-80241607
e-mel : skdoj@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI | Untitled | Untitled |

[img:GuruBesar.jpg]

SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(NOOR ZILAH MOHAMAD REJAB)


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, warga pendidik dan kakitangan serta murid-murid ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mengeratkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak dalam mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga warga pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan usaha dengan lebih gigih dalam menjana kecemerlangan sekolah ke mercu kegemilangan. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa warga pendidik di sekolah ini berkemampuan untuk memperkasakan lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap murid-murid dapat mempertingkatkan usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri. Sesungguhnya, kesemua bidang ini akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: